Nadi Nurture DILEA Program Khas (English Berkala)

16 Mac 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Mac 2025, Sabtu, NADI NURTURE DILEA PROGRAM KHAS (ENGLISH BERKALA) telah berlangsung di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang bermula daripada pukul 3:00 petang sehingga 4:00 petang. Google Meet telah digunakan sebagai platform penyampaian kelas siaran langsung tersebut.

Program ini adalah untuk memberi peluang ekpada pelajar tingkatan 4 dan 5 untuk mendalami Bahasa Inggeris. Adik Vivi Roz’s merupakan pelajar tingkatan 4 berminat dalam belajar luar waktu sekolah bagi menambah ilmu dalam Bahasa Inggeris.

Semoga Adik Vivi dapat fokus dalam pelajaran dimana kelas luar sekolah ini merupakan kelas percuma kepada pelajar. Semoga beliau dapat memberi komitment dan meningkat dalam prestasi akademik nanti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali